Sunday, December 4, 2011

Semuanya dalam kenangan...


ni video kenangan kami..
semoga ia akan menjadi ingatan..
takkan ku lupakan kenangan indah bersama kalian..
semoga persahabatan ini,
kekal hingga ke syurga..
insyaALLAH...
Jalani kehidupan lepas ini dengan baik ya..
Jangan terpesong ke arah negatif..
ingat ye kawan2..
Jaga diri baik2...

Friday, March 25, 2011

Nota Tingkatan 5 (Sejarah)

PELANDUK KATANG !!

klik kat situ.. macam2 korang dapat !

Thursday, March 24, 2011

Nota Sejarah Tingkatan 4

 Kami nak kongsi sikit Nota sejarah Tingkatan 4 ..

Tamadun Awal Manusia

Peningkatan Tamadun

Tamadun Awal Asia Tenggara

Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

Kerajaan Islam Di Madinah

Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbangannya

Islam Di Asia Tenggara

Pembaharuan Dan Pengaruh Islam Di Malayisa Sebelum Kedatangan Barat

Perkembangan Di Eropah

Dasar British Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara

cukup 10 BAB ,,, malas nak copy.. copy laman web je..
pandai2 koranglah nanti neh... good luck for exam !!

Taniah..

taniah kepada yang boleh pergi kem kat MARANG VILLAGE RESORT..

calon-calonya ialah...

1) syuhada
2) fatin nadia
3) nadiah
4) athirah
5) syahira
6) ain
7) anis
8) rusdi
9) asyikin
10) hawati

taniah..taniah.. dan syabas.. yang tak dapat pergi..
boleh cuba lain kali ye.. jangan putus asa ye !

Thursday, February 17, 2011

KeNaNgaN 4 PeRDaGaNgAn 2010

 (klik pic untuk BIG pic)

belakang dari kiri : 
Hafiz , Amir ,  Wafi , Adlie , Osman , Redza , Alif , Muiz and Fitri.
Tengah Dari Kiri :
Combi , Athirah , Anis , Anati , Nadiah , Saidatul , Aina , Izzati , Hawati and Syikin.
Tengah 2 Dari Kiri :
Che Wan AL-Fikri , Yazid , Rusdi , Pn. Shahira , Syahira , Jannah and Shahirah..
Depan dari kiri :
Nani , Affa , Fatin , Azira , Aida , Ain and Syuhada....

Guru Kelas : Pn.Syahira Bt Said

Ketua : Mohd Rusdi Bin Ibrahim
(sekarang dah jadi pengawas dalam kelas kami)

Penolong : Nurul Syahira Bt A.Wahab
(sekarang dah jadi pengawas kelas kami)

Nur Syuhada bt Zolkafli
(sekarang dah jadi pengawas kelas kami)

Mohd Adlie 
( Pustakawan )

Mohd Redza
(Pustakawan)

Anis Ainina
(Pustakawan)

Gamba ni diambil pada tahun lepas.. dalam kelas kami
di TINGKATAN 4 PERDAGANGAN...
Rase sedih biler tengok semule pic ni...
teringat kenangan lame...
we LOVE this pic very much..!!!

tQ

limaperdagangan2011

Nilai Murni Novel Renyah Tingkatan 4 SPM (2010)

1. Kerajinan
Datuk Dolhi, Wahi dan Albert Lee merupakan antara watak-watak yang menunjukkan nilai kerajinan dalam perniagaan. Mereka rajin bekerja, berfikir dan mampu membina empayar perniagaan hingga ke luar negara. Mereka sentiasa berusaha untuk memajukan perniagaan dan merebut peluang yang ada.


2. Kesabaran 
Wahi tetap menjalankan tugasnya sebagai pegawai di syarikat Dolhi-Albert Holding walaupun mengetahui bahawa dia adalah anak kandung Datuk Dolhi. Dia juga tidak menanya Datuk Dolhi statusnya sehinggalah diberitahu oleh Datuk Dolhi semasa di Jepun.


3. Kasih sayang
Albert Lee amat menyayangi keluarganya. Walaupun sibuk bekerja, dia tetap meluangkan masa bersama isteri dan anak-anaknya di rumah.

4. Menghormati
Wahi menghormati Datuk Dolhi sebagai ketua dan mematuhi serta melaksanakan segala arahan ataupun tugasan yang diberi oleh Datuk Dolhi.

5. Ketabahan
Walaupun ditimpa pelbagai musibah angkara perbuatan anak-anaknya, Datuk Dolhi tetap tabah menghadapinya.

Pengajaran Novel Renyah Tingkatan 4 SPM

1. Kita hendaklah memberikan perhatian dan didikan yang baik kepada anak-anak sejak mereka kecil.
Lima orang anak Datuk Dolhi tidak diberi perhatian secukupnya sejak kecil lagi kerana Datuk Dolhi sibuk menguruskan syarikatnya manakala isterinya, Datin Tominah sentiasa keluar bersama datin-datin lain. 

2. Kita hendaklah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi dengan sedaya-upaya.
Wahi diberi peluang menimba ilmu di Jepun selama empat tahun. Dia telah memanfaatkan ilmu itu dengan mengaplikasikan ilmu yang diperoleh itu dalam Syarikat Dolhi-Albert Holding. Walaupun di Jepun, dia tetap menyediakan dan menghantarkannya kepada Datuk Dolhi dari Jepun.


3. Kita perlu rajin membaca.
Datuk Dolhi rajin membaca buku untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan memantapkan idea ketika memberikan ceramah.

4. Janganlah kita mencemarkan nama baik negara
Ilham menjadi buruan pihak berkuasa negara Malaysia kerana dia memburuk-burukkan negara berkaitan isu pembalakan dan pelestarian alam sekitar.

5. Jangan melibatkan diri dalam gejala sosial.
Hasnol dan Dani ditahan polis kerana terlibat dalam menerima rasuah serta penyalahgunaan dadah. Perbuatan mereka telah menyusahkan keluarga serta menjejaskan reputasi Datuk Dolhi dan syarikatnya.

Latar Masyarakat Novel Renyah- SPM

Latar Masyarakat

1. Msyarakat golongan usahawan

· Datuk Dolhi & Albert Lee merupakan usahawan yang berjaya dan kaya.

2. Masyarakat yang bekerja untuk kerajaan

· Hasnol merupakan seorang contoh pekerja kerajaan yang berjawatan tinggi.

3. Masyakat yang tamak

· -Tengku Munir bersikap tamak sehingga sanggup merasuah Hasnol bagi meluluskan tender-tendernya.
· -Hasnol pun bersikap tamak sebab menerima rasuah Tengku Munir.
· -Albert Lee ingin menguasai syarikat Dolhi-Albert Holdings.

4. Masyarakat majmuk

· -Bangsa Melayu – Datuk Dolhi sekeluarga.
· -Bangsa Cina – Albert Lee sekeluarga.
· -Bangsa Jepun – Tunang Wahi, Yuka.

Latar Masa Novel Renyah- SPM

1. Zaman Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr.Mahathir Mohammad.

2. Peristiwa dalam novel ini berlaku pada waktu siang dan malam :

·         Waktu Pagi – Datuk Dolhi bermesyuarat dengan Raj Hussein pada pukul sepuluh pagi.

·         Waktu Tengah Hari – Datuk Dolhi pulang ke rumah untuk makan tengah hari.

·         Waktu Petang – Datuk Dolhi member ceramah di Insitut Perdagangan Kebangsaan.

·         Waktu Malam – Datuk Dolhi menghadiri Pertunjukan Busana Islam dengan isterinya.
dc

Latar Tempat Novel Renyah- SPM

Latar Tempat Novel Renyah

1. Pejabat Datuk Dolhi
·         -Tempat menguruskan segala urusan syarikatnya, Dolhi-Albert Holdings.
·        - Di mana Mukhlis datang bagi meminta wang daripada Datuk Dolhi untuk pergi berdakwah di India.

2. Rumah Datuk Dolhi
·         -Datuk Dolhi , isterinya Datin Tominah dan anak-anaknya Hasnol, Amera, Ilham, Mukhlis serta Dani  tinggal di sini.
·         -Tempat Datuk Dolhi mengistiharkan bahawa Wahi adalah anak kandungnya.

3. Pedalaman Sarawak
·        - Ilham menghasut orang-orang Penan supaya membina benteng manusia bagi menghalang kegiatan pembalakan.

4. Tokyo, Jepun
·         -Datuk Dolhi pergi ke Tokyo, Jepun untuk melupakan masalah anak-anaknya.
·         -Datuk Dolhi pernah pergi ke Tokyo untuk mengikuti program JICA.
·         -Datuk Dolhi memberitahu Wahi bahawa dia adalah ayah kandungnya.

5. Perkampungan jemaah Kampung Sungai Bakau
·         -Tempat tinggal Mukhlis dan isterinya yang merupakan janda serta tiga anak.

6. Kelab Mawar
·         -Amera bertemu dengan peminat misterinya iaitu YB Wahab.

7. Teratai Inn
·         -Hasnol berjumpa dengan Tengku Munir yang menjanjikan habuan rasuah dengan syarat Hasnol membantunya meluluskan semua tendernya.

Tema Novel Renyah Tingkatan 4 tahun2010 - SPM

Tema = Kekeluargaan 

Contoh huraian SPM :    

     Novel Renyah memaparkan tema kekeluargaan. Kesemua bab dalam novel ini berkisar tentang kisar Datuk Dolhi dan keluarganya. Datuk Dolhi menghadapi pelbagai konflik akibat kerenah lima orang anaknya. Kesibukan Datuk Dolhi dalam perniagaan serta kesibukan isterinya, Datin Tominah denagn aktivitinya dan tindakan mereka yang selalunya memberikan anak-anaknya semua kemewahan, telah menyebabkan anak-anak mereka tidak berminat dalam dunia perniagaan. Mereka memilih haluan sendiri seterusnya terkeluar dari landasan yang sepatutnya. Hanya Wahi, anak Datuk Dolhi bersama Mastura iaitu isteri kedua Datuk Datuk Dolhi yang telah meninggal dunia, berjaya dididik dalam keadaan serba kekurangan untuk meneruskan perniagaan Datuk Dolhi.

Tesk KomSaS 2010

Mahu maklumat semua novel? klik di sini

Ulasan Novel Renyah Bab 1-24

Ulasan novel renyah 1-24

BAB 1
Datuk Dolhi bingung, sedih dan menyesal apabila mengenangkan 5 orang anaknya yang tidak berminat untuk menyambung tugasnya dalam bidang perniagaan. Datuk Dolhi mempunyai seorang isteri iaitu Datik Tominah dan 5 orang anak, 4 lelaki dan seorang perempuan. Anak sulungnya Hasnol seorang Pegawai Tadbir Diplomatik yang telah berkahwin dan mempunyai anak.
Amira satu-satunya anak gadis Datuk Dolhi merupakan seorang guru. Tiga anak lelaki yang lain ialah Ilham, Mukhlis dan Dani. Ilham merupakan peminat seni, bergiat dalam bidang sastera dan pencinta alam. Mukhlis pula seorang pendakwah yang tidak bekerja dan Dani merupakan seorang artis. Datuk Dolhi pernah berkahwin dengan wanita berketurunan arab dan mempunyai seorang anak lelaki tetapi dirahsiakan daripada keluarganya.
  
BAB 2
Albert Lee menelefon Datuk Dolhi dan berbincang tentang agenda pada petang itu. Mereka bercakap tentang Tuan Syed yang telah ke Kanada kerana projek Hidroelektrik di Kemuning. Prinsip hidup Datuk Dolhi ialah kerja keras. Baginya bekerja keras akan membuatkannya segar dan muda. Orang yang banyak berfikir tidak akan menjadi pelupa dan nyanyuk. Petang itu Datuk Dolhi berjoging dengan Albert. Sementara itu Datin Tominah berborak melalui telefon dengan rakan-rakanya yang terdiri daripada datin-datin. Semasa berjoging Datuk Dolhi dan Albert berbincang tentang keistimewaan kelab-kelab. Mereka juga bercakap tentang hasrat untuk menjodohkan Amera dan Robert dan tentang anak-anak yang tidak ingin terlibat dengan perniagaan. Datuk Dolhi sesak dada ketika berlari dan berhenti rehat.

BAB 3

Suasana agak sibuk di Wisma Datuk Dolhi. Datuk Dolhi mendapat panggilan telefon daripada Wahi yang berada di Hiroshima. Wahi memberitahu dia tertarik akan cara orang Jepun melayan pelanggan dan cara pembungkusan. Rozie (setiausaha Datuk Dolhi) memberitahu agenda pada hari itu, temujanji dengan Raj Hussein wakil Romaco Consultan. Pada waktu petang pula ada ceramah membangunkan usahawan. Sejak akhir-akhir ini Datuk Dolhi sering memberikan ceramah kepada usahawan muda dan pelajar.
Datuk Dolhi imbas kembali tanggapan peserta seminar tentang modal dan perniagaan. Lamunannya terhenti apabila setiausahanya memberitahu Puan Raj Hussein dan Cik Emrita menunggu di ruang tamu. Rozie juga memberitahu Datin Tominah menelefon untuk mengajak Datuk Dolhi ke pertunjukkan Busana Islam. Pada waktu tengahari Datuk Dolhi pulang ke rumah. Sambil menunggu makanan dihidangkan dia meneruskan pembacaannya.

BAB 4

Datuk Dolhi memberi ceramah kepada para pelajar usahawan muda di Institut Perdagangan Usahawan. Datin Tominah mengajak Datuk Dolhi ke pertunjukkan Busana Islam. Datuk Dolhi mengeluh kerana anak-anak tidak berminat dalam bidang perniagaan. Datuk Dolhi mengutamakan barangan tempatan. Datuk Dolhi tidak berminat akan pertunjukkan fesyen. Masa dua jam di pertunjukkan itu dirasa lama oleh beliau. Datin Tominah berbincang dengan suaminya tentang hasratnya untuk membuka butik busana Islam.
Namun begitu Datuk Dolhi seakan tidak berminat dan tidak yakin akan keupayaan isterinya dan rakan-rakannya. Manakala di luar rumah Dani sedang memetik gitar. Ilham mencatat sesuatu di meja batu di bawah pohon matsui. Amera berada di ruang tamu sedang menyemak buku anak-anak muridnya. Mukhlis pula sedang beratib di dalam bilik. Datuk Dolhi dan Datin Tominah masuk ke dalam rumah.

BAB 5


Dani dan Ilham berbincang tentang lagu baru yang akan dinyanyikan oleh Dani.Ilham menegur lirik lagu Dani yang dianggap tidak intelektual. Ilham mencadangkan agar Dani mengambil puisi-puisinya supaya dilagukan tetapi Dani menganggap lagu puisi tidak akan maju. Ilham mendeklamasikan sajak Nyanyian Rimba dan sajak ciptaanya sendiri iaitu Tembang Burung-burung. Tiba-tiba Amera datang. Bagi Amera orang seni hanya kenyang dengan kata-kata tetapi perut lapar. Baginya orang yang membangunkan dunia bukan orang seni tetapi orang sains, ekonomi dan lain-lain. Amera bertengkar dengan Ilham sedangkan Dani buat tidak endah dan terus memetik gitarnya. Amera tidak suka akan sikap Ilham yang tidak bekerja dan mengharapkan orang tua. Bagi Ilham dia mempunyai perjuangannya sendiri untuk membela alam sekitar demi kesinambungan generasi akan datang. Amera mahu adiknya itu bekerja di syarikat ayahnya. Apabila Amera beredar Ilham bercakap pula dengan Dani. Dani tidak mahu campurtangan hal Ilham dan kakaknya. Dia bahagia dengan dunianya sendiri. Ilham berpendapat rockers meruntuhkan budaya Melayu. Amera memandang Ilham di taman keseorangan dari jendela.

BAB 6


Pagi minggu Hasnol datang ke rumah Datuk Dolhi tanpa isteri dan anak-anaknya. Datuk Dolhi mengagak ada sesuatu yang tidak kena dengan Hasnol. Datuk Dolhi bertanya Hasnol tentang hasratnya iaitu agar Hasnol mengambil alih syarikat tetapi Hasnol menolak dengan alasan sayang akan pencen dan isterinya yang suka jika dia kerja kerajaan. Datuk Dolhi memaklumkan mungkin perniagaannya akan jatuh ke tangan orang lain jika adik-beradiknya tidak berminat. Hasnol memberitahu hasratnya untuk meminjam duit sebanyak sepuluh ribu daripada Datuk Dolhi. Datuk Dolhi bertegas mengatakan bidang perniagaan akan memperoleh pendapatan yang tidak terhad berbanding kerja kerajaan. Cara hidup Hasnol macam jutawan tidak disenangi Datuk Dolhi. Albert pernah ingin menjodohkan Hasnol dengan anaknya Elain. Datin Tominah menghentikan lamunan Datuk Dolhi. Mereka bercakap tentang hasrat Albert yang ingin sangat berbesan dengan mereka. Mungkin ada niat di sebaliknya. Mereka berharap agar Amera mendapat jodoh yang sesuai. Tiba-tiba Datin Tominah menyebut nama Wahi. Baginya Wahi seorang yang agak baik dan menjadi harapan Datuk Dolhi. Namun sepantas kilat Datuk Dolhi melenting. Datin Tominah tidak faham tetapi hanya diam.

BAB 7


Datuk Dolhi menerima faks yang dihantar oleh Wahi. Wahi mencadangkan agar Dolhi-Albert melaksanakan kawalan mutu menyeluruh seperti yang dilakukan di Jepun. Rozie berpendapat rancangan Wahi adalah bijak. Datuk Dolhi mengarahkan Rozie mengemukakan cadangan kepada pihak pengurusan dan pegawai kanan. Datuk Dolhi teringatkan anak-anaknya yang tidak seperti Wahi. Dia teringatkan Mukhlis. Keadaan Mukhlis yang tidak terurus bersandar di tiang masjid dengan berserban dan berjubah. Beliau teringat pula kepada Wahi. Datuk Dolhi ada rahsia dengan Wahi. Datuk Dolhi yang menyuruh Wahi meningkatkan pengalaman di Jepun. Datuk Dolhi terbayang sejarah negara Jepun dan berpendapat Jepun menang perang ekonomi berbanding negara-negara seperti Perancis, Inggeris dan Soviet. Datuk Dolhi berpendapat orang Islam menganggap Islam cukup sempurna tetapi tidak berbuat apa-apa untuk menerapkan Islam dalam kehidupan. Rozie memberitahu kehadiran Mukhlis. Datuk Dolhi mengharapkan Mukhlis menjadi eksekutif niaga tetapi Mukhlis menjadi pendakwah. Mukhlis memberitahu hasratnya untuk meminjam wang kerana ingin berdakwah di India.

BAB 8


Amera memberitahu dia telah dipilih sebagai pendidik terbaik di seluruh negeri. Datuk Dolhi mengucapkan tahniah dan tidak teruja dengan berita itu. Mukhlis pulang bersama-sama dengan tiga lagi rakan dakwahnya dengan sebuah kereta Mercedes. Mereka memberitahu Datuk Dolhi bahawa mereka ingin berdakwah ke seluruh dunia bulan depan. Mereka meminta agar Datuk Dolhi mengeluarkan biaya. Mereka berpendapat Datuk Dolhi antidakwah.Datuk Dolhi memberi kebenaran kepada Mukhlis untuk berdakwah bersama-sama kawan-kawannya. Salah seorang rakan Mukhlis iaitu Saiful Bahari ialah anak Tan Sri Mokhtar Latif. Ayahnya memberi sokongan akan perjuangan dakwahnya. Bagi mereka kerja sekarang penuh riba dan maksiat. Datuk Dolhi menempelak mereka. Pemuda-pemuda itu meninggalkan rumah Datuk Dolhi dengan perasaan sebal. Mereka gagal memujuk Datuk Dolhi untuk mendapatkan biaya. Mereka bercerita tentang isteri ustaz mereka yang berkahwin lagi dan menceraikan isterinya yang bernama Hanisah. Tuk gurunya yang sebaya dengan bapanya sibuk berdakwah manakala bapanya sibuk berniaga. Tuk gurunya berkahwin empat manakala ayahnya masih setia dengan ibunya. Mukhlis terasa tersepit di tengan-tengah. Datuk Dolhi menghadiri majlis anugerah kecemerlangan Amera yang juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas.

BAB 9


Amera mendapat penggilan telefon mengucapkan tahniah daripada seseorang yang tidak dikenali. Dia juga mendapat ucapan tahniah daripada Dani dan mendapat sejambak bunga daripada seseorang yang tidak dikenali melalui florist. Amera menghubungi Mekar Florist yang menghantar bunga itu. Mary memberitahu dia tidak mengenali siapa yang menghantar. Dani mengusik Amera agar Amera tidak memilih kerana nanti jadi andartu. Dani mengajak Datin Tominah menghadiri pelancaran albumnya. Inem pembantu rumah Indonesia memohon untuk berhenti kerja daripada Datin Tominah. Datin Tominah ingin mengetahui sebabnya tetapi tidak diberitahu oleh Inem. Seminggu kemudian Datin Tominah menerima surat daripada Inem memberitahu bahawa Ilham pernah masuk ke biliknya. Inem tidak mahu kemungkaran berlaku, sebab itulah dia berhenti. Datin Tominah runsing kerana sukar mencari pembantu rumah sekarang. Kalau tiada pembantu rumah dia akan penat dengan kerja dapur. Hasnol telefon untuk meminjam wang. Datin kecewa apabila Hasnol melepaskan gagang telefon selepas dia tidak bersetuju memberikan wang kepada Hasnol.

BAB 10


Berita pernikahan Mukhlis melalui kawannya mengejutkan Datuk Dolhi. Mukhlis yang tidak bekerja tiba-tiba berkahwin merisaukan Datuk Dolhi. Dulu Hasnol mengambil keputusan untuk berkahwin dengan isterinya Linda juga agak tergesa-gesa. Datin Tominah mengucap berkali-kali apabila mendengar berita itu. Mereka suami isteri inginkan satu majlis perkahwinan yang penuh adat istiadat. Mukhlis berada di Sungai Bakau perkampungan jemaahnya. Datuk Dolhi bertambah berang apabila membaca surat daripada Inem. Ilham berada di Sarawak membentangkan kertas kerja tentang masalah hutan dan isu pembalakan. Dengar ceritanya mereka akan menganjurkan tunjuk perasaan dan akan tinggal bersama-sama orang asli. Datuk Dolhi ada saham dalam syarikat pembalakan itu. Albert menelifon dari Kucing memberitahu dia ternampak Ilham bersama-sama orang asli menghalang penebangan hutan. Albert menyatakan akan bekerjasama dengan pihak polis. Datuk Dolhi mengurut dadanya sebak memikirkan anak-anaknya. Datuk Dolhi teringatkan Wahi yang begitu tekun. Anak muda itu tinggal bersama-sama neneknya setelah ibunya meninggal ketika melahirkannya. Datuk Dolhi memberikan bantuan kepadanya. Dia rindu ingin bercakap-cakap dengan Wahi.

BAB 11


Memandangkan masalah yang timbul disebabkan oleh Ilham Datuk Dolhi ingin ke Ikebukuro, Jepun tempat Wahi berada. Dia ingin berehat. Dia ingin Albert yang mengambil tindakan terhadap masalah yang ada. Datin Tominah terkejut dengan keputusan Datuk Dolhi yang ingin bercuti tiba-tiba. Datu Dolhi berlepas ke Tokyo malam itu. Dia mengosongkan fikirannya dan melupakan semua masalah buat sementara waktu. Ketika dalam penerbangan fikiran datuk Dolhi menerawang ke zaman silamnya. Sebelum berkahwin dengan Datin Tominah dia pernah bercinta dengan Mastura sejak di kampus. Tetapi malangnya apabila tamat pengajian dia dikahwinkan dengan Datin Tominah oleh kedua-dua ibu bapanya. Selepas setahun berkahwin dengan Datin Tominah Datuk Dolhi berkahwin dengan Mastura secara diam-diam. Dia memperoleh anak lelaki sulung, namun Mastura meninggal. Anaknya tinggal dengan neneknya. Mukhlis sugul kerana tidak disangka Hanisah janda Tok Guru ada tiga orang anak. Dia rasa bebannya kerana terpaksa menjaga anak-anak tirinya. Hanisah ingin Mukhlis bekerja untuk membiayai anak-anak. Mukhlis bekerja di kilang dengan gaji lima ringgit sehari. Mukhlis pulang ke rumah dan memohon maaf daripada ibunya. Ibunya menasihati agar Mukhlis menjaga isteri dan anak-anak tirinya dengan baik. Hasnol pula ingin Linda meminta duit daripada bapanya bagi menyelesaikan masalah kewangannya.

BAB 12


Amera ke Kelab Mawar untuk bertemu dengan peminat misteri selama ini. Alangkah terperanjat apabila melihat orang itu ialah YB Timbalan Menteri Wahab. Mereka berbual pelbagai topik pada malam itu. YB mempunyai seorang anak berusia dua tahu manakala isterinya sudah meninggal. Apabila pulang Datin Tominah bertanyakan Amera. Amera menceritakan kepada Datin Tominah. Amera gelisah campur gembira. Kumpulan pemuzik Young Rock Band yang dianggotai oleh Dani akhirnya masuk studio. Album mereka berjudul Rimba Fikiran.
Dani meminta ibu dan kakaknya hadir ketika majlis pelancaran nanti. Amera menasihati Dani agar menjaga disiplin dan sentiasa kemas. Bagi Dani penyanyi rock tidak perlu kemas. Amera diberitahu oleh Dani ada cerita dalam akhbar tentang YB Wahab yang digosipkan dengan seorang guru. Amera rasa cemas dan berdebar menyebabkan Dani hairan. Amera mula berfikir-fikir tentang kesannya jika berhubungan dengan orang politik yang sentiasa sibuk


BAB 13

Datuk Dolhi agak penat apabila tiba di Lapangan Terbang Narita Jepun selepas penerbangan selama 7 jam. Ketibaannya disambut oleh Wahid dan sahabat Jepunnya. Semasa dalam perjalanan ke tempat penginapan mereka berborak-borak tentang lagu. Datuk Dolhi menyanyikan beberapa buah lagu Jepun yang digemarinya. Datuk Dolhi menginap di Hotel Tokyo Metropolitan. Hotel itulah tempat menginap Datuk Dolhi apabila dia pertama kali ke negara itu. Ketika Datuk Dolhi merenung ke luar bilik hotel fikirannya bercelaru memikirkan akan cara untuk memberitahu Wahi. Dia tertanya-tanya apakah Wahi sudah tahu hal yang sebenarnya? Malam itu ketika mereka sedang minum di restoran cina Datul Dolhi memberiyahu Wahi bahawa Wahi adalah anaknya. Namun Wahi tidak terkejut kerana dia telah mengetahui melalui neneknya. Datuk Dolhi terasa amat lega. Pagi esoknya mereka berdua bersiar-siar di kota dengan menaiki kenderaan awam. Datuk Dolhi meminta Wahi memanggilnya bapak bukannya Datuk. Datuk Dolhi meluahkan rasa kecewa terhadap anak-anaknya kepada Wahi. Dia memberitahu Wahi bahawa sudah sampai masanya rahsia itu didedahkan.
Wahi sanggup menerima apa-apa sahaja tindakbalas daripada ibu tirinya nanti.

BAB 14

Hasnol mengadakan pertemuan sulit dengan Tengku Munir di Teratai Inn. Semasa pertemuan itu Tengku Munir mengugut akan memusnahkan Hasnol dan Datuk Dolhi sekiranya tilanydak meluluskan tendernya. Malahan Tengku Munir akan memberikan tiga ratus ribu sekiranya hasnol membantunya. Tengku Munir akan menguruskan segala-galanya sekiranya Hasnol bersetuju. Hasnol pulang ke rumah dengan gembira dan menyuruh isterinya merancang percutian mereka memandangkan sudah lama mereka tidak bercuti. Manakala di Sarawak pula pihak berkuasa mencari aktivia barat yang mempengaruhi orang tempatan agar membina benteng manusia untuk menghalang pembalakan. Ilham terus memberi ucapan berapi-api membakar semangat penduduk tempatan. Apabila pihak berkuasa datang Ilham dan konco-konconya menghilangkan diri. Di rumah Datuk Dolhi pula Hasnol datang membayar segala hutangnya kepada Datin Tominah yang sebanyak sepuluh ribu. Datuk Tominah terkejut.

BAB 15

Albert berbincang-bincang bersama-sama ahli keluarga dan bertanyakan Robert tentang hubungannya dengan Amera. Bagi Albert perkahwinan anaknya dengan orang Melayu banyak kelebihannya. Antaranya ialah dapat memperbesar empayar niaganya dan anaknya nanti akan jadi Melayu. Albert menyatakan kemusnahan Datuk Dolhi nanti adalah disebabkan oleh anak-anak Datuk Dolhi. Bagi Albert jika Robert berkahwin dengan Amera mereka berpeluang mengambilalih syarikat memandangkan anak-anak Datuk Dolhi tidak berminat. Albert juga menyatakan minatnya dalam politik. Malam itu Robert menelifon Amera untuk mengajaknya keluar.
Amera menolak dengan alasan ada latihan di sekolah. Robert kecewa.

BAB 16

Datuk Dolhi menyatakan hasratnya untuk bersara kepada Wahi. Dia ingin Wahi mengambilalih pengurusan syarikat memandangkan anak-anaknya tidak berminat. Wahi mula rasa terbeban akan tindakan anak-anak Datuk Dolhi dan kemarahan Datin Tominah. Wahi memberitahu Datuk Dolhi bahawa dia telah mempunyai pilihan hati, gadis Jepun bernama Yuka. Yuka telah memeluk Islam dan mempelajari Islam di Kobe. Ayah Yuka pernah terlibat semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Oleh sebab rasa bersalah kerana kekejaman Jepun di Tanah Melayu Sakate (bapa Yuka) merestui Yuka dan Wahi. Semasa penerbangan pulang Datuk Dolhi mengenangkan kisahnya dengan Mastura (ibu Wahi). Datuk Dolhi tahu di pejabatnya nanti bertimbun tugasan yang perlu dibereskan.

BAB 17

Ilham gagal ditangkap oleh pihak berkuasa. Datin Tominah menerima surat daripada Ilham bercop negara Perancis tetapi tiada alamat. Datin Tominah menyatakan isi surat itu kepada Datuk Dolhi dan meminta Datuk Dolhi mencari Ilham, namun tidak diendahkan oleh Datuk Dolhi. Datin Tominah memberitahu Datuk Dolhi bahawa Hasnol telah memulangkan duit sebanyak sepuluh ribu, telah bertukar kereta dan akan bercuti ke Eropah. Datuk Dolhi terkejut. Kisah Mukhlis juga diceritakan kepada Datuk Dolhi. Datuk Dolhi hanya menempelak dan tidak berhajat untuk membantu. Dani muncul dengan gaya rockernya. Datuk Dolhi menasihati agar Dani tidak terlibat dengan dadah. Datuk Dolhi kesal akan masalah dadah yang tidak pernah selesai. Datuk Dolhi memberitahu Datin Tominah bahawa Wahi akan berkahwin dengan gadis Jepun. Khabar daripada Datuk Dolhi bahawa Wahi adalah anaknya mengejutkan semua orang. Selepas Datuk Dolhi menjelaskan semua perkara kepada keluarganya, baru lapang dadanya. Datin Tominah menyuruh Hasnol meletak jawatan dan masuk ke syarikat tetapi Hasnol tidak berminat. Hubungan Datuk Dolhi dan Datin Tominah menjadi renggang. Datin Tominah bersikap konfrontasi dengan Datuk Dolhi. Dia tidak lagi menjaga makan dan pakai Datuk Dolhi. Datuk Dolhi tidak menghiraukan sikap Datin Tominah. Amera tidak bersetuju akan sikap emaknya. Dia meminta emaknya berbaik semula dengan ayahnya.

BAB 18

Kehadiran rombongan daripada timbalan menteri menggembirakan Datuk Dolhi. Perkahwinan Amera dan timbalan menteri berjalan lancar. Semasa majlis perkahwinan tersebut Datuk Dolhi berpeluang bertemu semula dengan rakan lamanya dan pernah tinggal serumah semasa belajar dulu iaitu Ustaz Hashim. Ustaz Hashim memberi khabar keadaan Mukhlis yang tidak terurus dan telah ditinggalkan isterinya setelah isterinya kembali ke pangkuan bekas suaminya. Kumpulan mereka dalam siasatan pihak berkuasa. Ustaz Hashim dan Datuk Dolhi pergi ke tempat perkumpulan Mukhlis. Tergambar kedaifan tempat tersebut dan tidak terurus. Mereka ke rumah Mukhlis tetapi tidak berpenghuni. Seorang pemuda memberitahu, Mukhlis telah meninggalkan tempat itu dan menjadi tidak siuman kerana menyerang tuk guru. Penduduk kampung berhampiran juga pernah ternampak Mukhlis menghayun pedang. Datin Tominah hanya mampu menitiskan air mata.

BAB 19

Hasnol memaklumkan kepada Datin Tominah, dia akan bercuti sebulan dan akan ke luar negara. Tengku Munir menelifon Hasnol dengan nada marah. Dia mahu Hasnol meluluskan semua tender yang diserahkan sebanyak 12. Hasnol menjadi serba salah. Memandangkan desakan Linda yang mahu Hasnol ikut sama bercuti, Hasnol mengambil keputusan tidak akan menghiraukan permintaan Tengku Munir. Tengku Munir berkunjung ke pejabat Menteri Besar melaporkan rasuah yang telah dilakukan oleh Hasnol. Rumah Datuk Dolhi diserbu oleh pihak BPR. Wisma Dolhi diserbu wartawan. Telefon pejabatpun ditutup. Amera menelifon. Datin Tominah meminta suami Amera menolong tetapi dia tidak dapat menolong. Amera meminta ibunya mencari peguam yang bagus. Hasnol menelifon. Datin Tominah memujuk Hasnol pulang. Hasnol memberitahu dia terserempak dengan Ilham di London.

BAB 20

Dani yang akan membuat persembahan pentas pada malam itu agak tidak bermaya. Rakannya memaklumkan kepada penganjur bahawa Dani mengambil dadah. Semasa Dani keluar mencari bekalan dis diekori dan tidak pulang semula untuk membuat persembahan. Penganjur memberitahu penyanyi demam dan mendapat rawatan di klinik. Penonton mengamuk. Polis tiba memaklumkan Dani ditangkap. Sekali lagi berita tersiar di akhbar. Datin Tominah hanya menangis. Dia berasa ingin lari sahaja dari tempat itu. Jualan album kumpulan Dani terjejas ekora peristiwa itu. Kumpulan mereka juga digam oleh RTM. Kumpulan Young Rock Bank menendang Dani daripada kumpulan mereka. Hasnol pulang untuk membersihkan namanya. Dia ditangkap di lapangan terbang.

BAB 21

Ilham mendalangi tunjuk perasaan di London anjuran Pertubuhan Alam Sekitar Sedunia. Dia tidak takut tindakan kerajaan Malaysia terhadapnya dan tetap menentang walaupun ayahnya sendiri seorang pembalak. Albert Lee sangat marah dan akan mengambil tindakan. Apabila diberitahu Wahi adalah anak Datuk Dolhi, Albert Lee rasa tergugat kerana dia maklum akan kehebatan Wahi.

BAB 22
Wahi akan pulang bersama-sama isterinya. Hasnol dibebaskan dengan jaminan dan diarahkan bercuti sehingga siasatan selesai.
Datuk Dolhi menjamin Dani dan akan memasukkannya ke pusat serenti. Wahi pulang ke Malaysia dan disambut Datuk Dolhi. Datin Tominah, Hasnol, Amera dan Dani. Ketika mereka makan malam sekeluarga Datuk Dolhi menerima panggilan telefon menyatakan Mukhlis kemalangan.

BAB 23


Selepas sembuh Mukhlis dimasukkan ke wad sakit jiwa. Dani pula akan dimasukkan ke pusat pemulihan apabila kesnya selesai di mahkamah. Kumpulan rocknya digantung persembahan di tv. Dalam mesyuarat lembaga pengarah syarikat, Datuk Dolhi mengumumkan bahawa Wahi akan menggantikan tempatnya. Albert keluar dari bilik mesyuarat. Albert Lee yang tidak berpuas hati menuduh anak-anak Datuk Dolhi yang menyebabkan syarikat mereka merosot. Hubungan persahabatan Albert dan Datuk Dolhi rengang.

BAB 24


Datuk Dolhi lega. Yuka ditugaskan di bahagian sumber manusia. Datuk Dolhi mencadangkan kepada Datin Tominah untuk mengerjakan umrah dan ziarah. Datuk Dolhi mencari ketenangan dengan mengenang anaknya satu persatu. Anak-anak yang tinggal dengannya diberi pendidikan sempurna dan dilimpahi kemewahan. Berbanding Wahi yang hidup serba sederhana tetapi menjadi pemuda yang berjiwa kental.
Dia berharap agar segala kesilapan akan memantapkan peribadi bagi meneruskan perjuangan hidup. .

yang benar, 

LimaPerdagangan2011

Thursday, February 10, 2011

TeNaGa PeLaJaR KaMi

saja nak kongsi ckit..
sape die tenaga pelajar kami..
tanpa mereka semua..siapalah kami..
jasa kalian akan dikenang..

GuRu KeLaS @ Cikgu Math's..
pN RozNee...
(cikgu yang ramah dan baik hati..sentiasa 
senyum ke sana, ke mari..)

Cikgu BM..
pN AkiAh...
(cikgu yang ceria dan baik)

Cikgu BI..
TeACheR RuHiL..
(Love you Teacher Ruhil..!!)

CiKgu SciENce & SPT...
CikGu RuShDaN...
(OuR Best SCIENCE Teacher Forever)

CikGu Pendidikan Agama Islam...
Ustazah Norhayati...
(Ustazah yang tegas dan ceria) 

Cikgu Perdagangan..
Pn Rahaya Mat Nawi..
(Cikgu yang sentiasa menceriakan 
kami sekelas..sayang cikgu..!!)

Cikgu Ert..
Pn Shahira...
(tegas, tapi mesra.. love you cikgu..)

Cikgu Tasawwur Islam..
Ustazah Azizah.....
(Our Mama in Class,, sayang ustazah..!!)

Cikgu Seni..
Pn Suraya...
(hanya mengajar anis..tapi best gilerzz...)

and Last..........cikgu...
sorang jer cikgu lelaki 
yang mengajar kami dalam kelas....
iaitu PAPA kedua
kami...

Cikgu Sejarah..
En Usamah... BLOG cikgu
(walaupun tegas dan garang,
kadang2 lawaknyer membuatkan
kami semua tidak kering gusi
ketawa... ^^ )

ok daaaaaaaaa..... :D

5 PerdaGangaN

Monday, January 24, 2011

Bertambah pelajar lam kelas....

assalamualaikum..

adoy....serabut asew biler ramai sgt
pelajar baru yang baru masuk skolah ni..
cikgu pulok sumbak lam kelas kami..
adoy....daripada 33, jadi 34,,then 35..
ayoyo... sesak kelas dibuatnyer....
sempit plak...bising lagi....adoy...sabo je lah..
takpe ni tahun last.....lau ramai lagi best..
hahahhaa.....

writing by

ketua kelas

Monday, January 17, 2011

Sutera Dalam Lukisan (Abd. Talib Hassan)

♥ sinopsis 

 Novel ini memaparkan kisah seorang
 
pemuda yang mengalami konflik 

jiwa akibat kematian ibunya yang

 telah dibunuh oleh bapa tirinya. 

Kenangan pahit itu telah menjadikan Bujei atau

 nama sebenarnya Mohamad Hafiz,

 akhirnya telah menjadi sasau akibat 

sering menjadi cemuhan, 
di
pandang hina, dipermain dan 

diperbudakkan oleh masyarakat
 
kampung malah bapa tirinya,
 
Harun juga sering menyeksanya malah

 telah cuba mengambil peluang 

untuk merampas hak milik Bujei yang
 
ditinggalkan oleh arwah ibunya.

Hidupnya keseorangan dan menanti permata hati untuk 

menerangi semula sinar hidupnya. 

Kehadiran Adila telah mengubah segala-galanya dan

Bujei mulai merasai erti sebuah kehidupan. 


Namun banyak ranjau duri

 yang terpaksa diharunginya untuk
 
meneruskan hubungan persahabatan bersama Adila.
 
Alias yang turut menyimpan perasaan terhadap
 
Adila terus menyimpan dendam terhadap Bujei dan Adila. 

Satu demi satu rancangan jahat diatur dalam 

usaha untuk memiliki Adila. Bujei diperdaya hingga akhirnya
 
dia mempercayai Adila akan mengahwini Alias 

malah Adila turut difitnah menghidap penyakit AIDS
 
kerana pernah menuntut di luar negara. Dendam yang kian 

membara menyebabkan Alias meminta khidmat neneknya untuk
 
mendapatkan ilmu pengasih yang akan mendorong 

Adila tunduk kepada kehendaknya. Alias yang dirasuk 

kerinduan akhirnya telah menjadi sasau dan sanggup 

merayu kepada Bujei untuk mengharapkan simpati 

serta pengertian daripada Bujei supaya memujuk 

Adila menerima dirinya. Akhirnya, Alias sendiri terpaksa 

mendapatkan khidmat daripada dukun yang sama 

dalam usaha untuk memulihkannya. Orang kampung pula kini

 telah melihat perubahan diri Bujei yang menjadi

 manusia normal berbanding Alias yang kini telah 

mengambil alih tempat Bujei. Sebelum pulang ke kota, 

Adila telah meluahkan isi hatinya kepada Sidang Saman

 dan isterinya tentang keputusannya untuk menerima

 Hafiz sebagai pasangan hidupnya. 

Adila akhirnya terpaksa kembali ke kota
 
kerana ditawarkan pekerjaan sebagai 

seorang pensyarah di salah sebuah universiti swasta.





♥ Tema 


Konflik jiwa seorang pemuda dalam mengharungi 
kehidupan setelah kematian kedua ibu bapa dan neneknya.
 Pandangan negatif orang kampung akibat fitnah
 yang ditabur oleh bapa tirinya telah membentuk 
keperibadiannya menjadi manusia abnormal. 
Kehadiran Adila telah membawa sinar baru dalam 
hidup pemuda tersebut dan kembali menjadi 
manusia normal seperti sediakala.




♥ Persoalan 



1. Persoalan tanggungjawab membantu sesama
 manusia tanpa mengira sifat individu seperti 
yang digambarkan melalui watak Adila yang begitu 
optimis untuk membentuk semula keperibadian 
abnormal yang dihidapi oleh Hafiz.

 2. Persoalan menghormati hak individu tanpa
 menghilangkan hak diri sendiri yang digambarkan
 melalui watak Bujei atau nama sebenarnya
 Hafiz yang akhirnya sedar akan haknya 
setelah mendapat bimbingan dari Adila.

 3. Persoalan kebaikan akan mengatasi kebatilan 
seperti yang tergambar dalam peristiwa Alias
 yang cuba mengenakan ilmu pengasih terhadap
 Adila telah menyebabkan dia mendapat
 pembalasan akibat perbuatannya sendiri.

4. Persoalan sifat kasih sayang dan hati yang
 luhur mampu mengubah sifat seseorang seperti
 yang digambarkan melalui watak Adila yang telah
 membimbing Bujei atau Hafiz untuk membentuk 
semula keperibadiannya telah berjaya
 mengubah Bujei menjadi insan yang berjaya.

 5. Ketegasan dalam pendirian seperti yang
 tergambar melalui watak Wak Senen yang tegas
 dalam pendiriannya untuk mengembalikan 
hak Bujei yang telah dianiaya oleh bapa tirinya.

 6. Persoalan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. 
Walaupun Adila pada asalnya begitu takut dengan Bujei,
 tetapi akhirnya telah memilih Bujei menjadi
 pasangan hidupnya. Walaupun telah bertunang dan 
berjanji sehidup semati dengan Faizal, tetapi akhirnya
 Faizal berkahwin dengan orang lain 
dan bukan dengan tunangnya Adila.

 7. Persoalan berani mempertahankan hak atau 
harta daripada dirampas oleh orang lain. 
Bujei telah menunjukkan sikapnya yang tegas 
dan tidak boleh dipermainkan oleh Alias apabila 
meminta ganti rugi sebanyak RM80 sebagai
 gantian radionya yang telah rosak akibat perbuatan Alias.




♥ PLot 


Plot dihuraikan secara kronologi iaitu bersandarkan 
kepada hukum sebab dan akibat. Manusia yang 
berbuat baik akan memperoleh pembalasan 
yang baik juga dan begitulah sebaliknya.





♥ Watak Dan Perwatakan 


1. Bujei/ Hafiz

 Bercita-cita untuk menjadi askar 
seperti arwah bapanya. Sewaktu dirinya
 kecil, dia sering menjadikan 
bapanya sebagai idola.

 Suka berangan-angan menonton dan
 mendengar radio yang telah rosak di rumahnya.

 Takut dengan Alias. Setiap perkara 
yang diminta oleh Alias akan dilakukan
 oleh Bujei tanpa sebarang bantahan.

 Tidak mementingkan kebersihan tetapi 
berubah setelah dilatih oleh Adila. Membuang
 perkakasan yang tidak berguna 
di rumahnya dan membakarnya di halaman rumah.

 Suka mendengar radio. Sanggup
 membeli radio baru sewaktu 
keluar pekan bersama Samsul.

 Mempunyai bakat menyanyi. Bujei menyanyi 
lagu Bahtera Merdeka sewaktu majlis 
perkahwinan Same’ah dan berjaya 
memukau orang ramai dengan kemerduan suaranya.

 Mempunyai sifat suka berjimat.
 Tidak menggunakan wang pemberian 
Wak Senen yang besar nilainya dan 
menyimpannya dengan rapi di 
dalam kendi di rumahnya.

 Pulih dari sikap abnormal menjadi 
normal dengan bantuan Adila. 
Keyakinan dirinya hadir kembali 
dengan bantuan Adila dan keluarga Sidang Saman.


Anak yang bertanggungjawab. 
Cuba menyelamatkan ibunya daripada 
kebakaran rumahnya tetapi tidak berjaya 
kerana api marak terlalu cepat dan
 dia dihalang oleh orang ramai 
daripada memasuki rumahnya yang terbakar.

 Seorang pemuda yang mempunyai 
sikap abnormal. Dia membentuk 
peribadinya melalui pandangan penduduk
 kampung yang menganggapnya bodoh,
 dungu dan tidak berakal.

 Tidak memilih pekerjaan, 
asalkan mendatangkan upah
 untuk dia mengalas perut.


 2. Adila

 Lulusan universiti luar
 negara iaitu di England.

 Mempunyai sifat optimis dan 
percaya sikap abnormal
 Bujei dapat dipulihkan.

 Telah bertunang dengan Faizal tetapi putus
 kerana Faizal tidak menepati janji dan
 berkahwin dengan orang lain.
 Akibat kecewa, dia telah membawa dirinya 
pulang ke kampung dan tinggal dengan
 keluarga Pak Longnya iaitu Sidang Saman 
dalam jangka masa yang panjang.

 Mempunyai pendirian yang tegas 
kerana menolak pinangan Alias dengan
 alasan belum bersedia untuk 
mendirikan rumahtangga.

 Lemah lembut dan hormat 
kepada orang lain terutamanya 
orang yang lebih tua. Sewaktu
 tinggal di kampung, Adila sering
 mendapat pujian penduduk kampung.

 Menjadi mangsa fitnah Alias. 
Alias telah memfitnah Adila 
telah ’rosak’ sewaktu belajar di luar negara.


Jatuh cinta dengan Bujei/ Hafiz.
 Telah meluahkan isi hatinya kepada 
Sidang Saman dan isterinya tentang
 perasaannya terhadap Bujei 
sebelum pulang ke Kota.


 3. Alias

 Suka membuli Bujei/ Hafiz. 
Contohnya meminta Bujei mencuci 
motosikalnya dengan menjanjikan
 upah tetapi memungkirinya.

 Suka kepada Adila dan menghantar
 pinangan tapi ditolak. Cuba mendekati Adila 
setelah gagal mendapatkan Same’ah.

 Suka terlibat dalam perlumbaan motor. 
Contohnya sewaktu berlumba motor dengannya,
 Sahak telah terlibat dalam kemalangan
 dan kritikal di hospital.

 Bercakap kasar. Contohnya 
sering bercakap kasar 
terutamanya dengan Bujei.

 Cuba menculik Adila dan mengenakan
 ilmu pengasih kepada Adila. 
Meminta bantuan dari neneknya 
untuk mencari ilmu pengasih.

 Cuba memfitnah Adila 
setelah pinangannya ditolak.
  Akhirnya menjadi sasau/ gila.


 4. Sidang Saman

 Mengambil berat akan anak buahnya. 
Contohnya sering bertanyakan khabar
 Bujei dan akan meminta anaknya 
mencari Bujei sekiranya tidak 
melihat kelibatnya di kampung.

 Bijak memerangkap orang yang 
bersalah melalui kata-kata. 
Contohnya sewaktu berbicara dengan
 Harun yang meminta pandangannya 
ketika ingin menjual
 tanah pusaka arwah isterinya.

 Menjadi pangkal rujuk
 permasalahan Adila. 
Terutama sewaktu Adila mula
 jatuh cinta dengan Bujei.


 5. Same’ah

 Bertimbangrasa dan 
baik dengan Bujei. 
Contohnya sering mengambil
 berat akan diri Bujei.

 Anak Sidang Saman.
  Berkahwin dan mengikut 
suaminya berpindah ke Ipoh.


 6. Harun

Seorang duda.
 Berkahwin dengan Fatimah,
 ibu Bujei setelah
 kematian bapa Bujei.

Bekerja sebagai 
mandur di ladang kelapa sawit.

 Panas baran dan sering
 memukul serta mendera isterinya.

 Mengikis wang peninggalan 
bekas suami Fatimah.Melakukan
 keganasan terhadap isteri dan anak tirinya
 Bujei sehingga isterinya terbunuh 
dalam kebakaran akibat dari
 perbuatannya dan anak 
tirinya menjadi sasau.

 Suka berpura-pura. 
Contohnya berpura-pura baik dengan 
Bujei untuk mendapatkan tanda tangan
 Bujei bagi membolehkan 
dia menjual harta
 pusaka peninggalan Fatimah.


 7. Wak Senen

 Suka bersedekah.
 Sering memberi 
wang kepada Bujei 
dengan nilaian yang besar.

 Baik hati. Contohnya sanggup 
memulangkan semula tanah pusaka 
peninggalan ibu Bujei yang
 telah dijual oleh bapa tirinya Harun.

 Mengambil tindakan dengan teliti. 
Contohnya sering berbincang
 dengan Sidang Saman sebelum
 melakukan sesuatu perkara seperti 
yang dilakukan sewaktu ingin 
memulangkan semula tanah pusaka Bujei.


♥ Gaya bahasa ♥

1. Simile
 Contoh:
 ”Jangan takut”. Dia mendengar lagi,
seperti memujuk pula.

 2. Personifikasi
 Contoh:
 Angin lembut bersih menjamah
 tubuhnya dan ledakan 
bunyi air membuai perasaannya.

 3. Hiperbola
 Contoh:
 ”Macam seorang pembunuh yang
 suka membunuh orang...
 tak kira tempat atau masa, 
tak kira sesiapa aje?”

 4. Sinkope
 Contoh:
 Tak tentu perasaan Bujei 
mendengar suara Adila dan 
sebutan yang begitu 
hormat dirasakannya.

 5. Metafora
 Contoh:
 Tidak pernah diduga, apa lagi 
mengharapkan satu lorong yang
 akan membebaskan dirinya 
daripada pasung peribadi itu.

 6. Kata Ganda
 Contoh:
 Dia bagaikan merindui 
tempat-tempat dan lorong-lorong 
yang biasa dikunjunginya.





♥ Nilai 


1. Nilai kasih sayang
 Contoh:

 Bujei cuba menyelamatkan ibunya 
dalam kebakaran rumahnya. 
Ibunya pengsan setelah didera 
oleh bapa tirinya ketika itu.


 2. Nilai hormat menghormati
 Contoh:

 Adila telah memanggil
 Bujei dengan nama 
asalnya iaitu Hafiz.


 3. Nilai baik hati
 Contoh:

Adila dan Samsul telah membawa
 Bujei ke klinik untuk mendapatkan 
rawatan setelah dibelasah oleh Harun.


 4. Nilai keadilan
 Contoh:

 Sidang Saman meminta Alias
 membayar ganti rugi atas 
kerosakan radio Bujei.


 5. Nilai keberanian
 Contoh:

Bujei berani mempertahankan 
dirinya daripada ditindas oleh Alias.



♥ Pengajaran ♥

1. Kita hendaklah menerima 
ketentuan atau takdir Tuhan.
 Contoh:

 Bujei menerima hakikat ibunya 
yang meninggal dunia 
akibat perbuatan bapa tirinya.

 2. Kita janganlah bersifat 
dengki sesama manusia.
 Contoh:

 Alias yang telah memfitnah 
Adila setelah pinangannya ditolak.


3. Kita hendaklah membantu
 golongan yang kurang
 bernasib baik.
 Contoh:

Adila optimis dia boleh membantu
 Bujei memulihkan keperibadiannya 
dan perkara itu dapat direalisasikannya.


 4. Kita hendaklah berpegang 
teguh kepada janji 
yang telah dibuat.
 Contoh:

 Faizal tidak menepati janjinya 
untuk bernikah dengan Adila 
kerana telah berkahwin
 dengan orang lain.


 5. Kita janganlah 
bercakap bohong.
Contoh:

 Alias telah membohongi Bujei 
dengan mengatakan bahawa
 Adila menghidapi penyakit 
Aids untuk menjauhkan 
perhubungan mereka.

 6. Kita janganlah mudah 
mempercayai perkara karut.
Contoh:

 Alias berpakat dengan neneknya 
untuk mencari ilmu pengasih
 bagi mendapatkan cinta Adila.

 7. Kita janganlah mementingkan
 diri sendiri untuk 
mencapai cita-cita.
 Contoh:

 Alias tidak mempedulikan 
Sahak yang terlibat dalam
 kemalangan sewaktu 
berlumba motor dengannya.


♥ Latar Masa ♥

1. Waktu pagi -
 ”Okey, Good moorning Bujei”

 2. Waktu maghrib – 
Kedengaran bunyi azan maghrib 
dan spontan Sidang Saman
 menoleh ke belakangnya.

 3. Waktu petang – 
Makin petang merangkak, 
makin galak agas-agas 
menghurungnya.





♥ Latar Tempat ♥

 1. Di tebing sungai - 
Kadang-kadang di berada 
di tebing itu untuk memancing.

 2. Rumah Mak Usu Bakyah –
 Sebenarnya sudah agak lama 
Mak Usu Bakyah mengharapkan 
kedua-dua anak saudaranya 
bertandang tidur di rumahnya.

 3. Di pekan - 
Samsul membawa Bujei 
ke pekan untuk menggunting
 rambut,membeli radio,
jam dan pakaian.

  
♥ Latar Masyarakat ♥

 1. Masyarakat kampung yang 
memandang rendah kepada 
orang yang kurang
 bernasib baik.
 Contoh:

 Kebanyakan orang mengatakan 
dia bodoh, dungu, tidak berakal
 lalu seperti tertunai 
hasrat mereka begitu.

 2. Masyarakat kampung 
yang mempunyai 
norma kemanusiaan.
 Contoh:

Sidang Saman begitu mengambil 
berat tentang Bujei dengan membawa
 Bujei balik ke rumahnya 
setelah dipukul oleh Harun

 3. Masyarakat yang mengambil 
kesempatan atas 
kesenangan orang lain.
 Contoh:

Baru sahaja beberapa bulan 
berkahwin, Harun 
sudah memujuknya 
untuk membeli kereta.


4. Masyarakat yang 
mengamalkan kerjasama.
 Contoh:

 Penduduk kampung bekerjasama 
untuk mengadakan 
majlis perkahwinan Same’ah.


 5. Masyarakat pendendam
 Contoh:

Melihat Bujei kembali bersama Adila,
 kemarahannya makin menjadi. 
Dia makin berdendam dengan Bujei.


WriTiNg By

5 PERDAGANGAN