Monday, January 24, 2011

Bertambah pelajar lam kelas....

assalamualaikum..

adoy....serabut asew biler ramai sgt
pelajar baru yang baru masuk skolah ni..
cikgu pulok sumbak lam kelas kami..
adoy....daripada 33, jadi 34,,then 35..
ayoyo... sesak kelas dibuatnyer....
sempit plak...bising lagi....adoy...sabo je lah..
takpe ni tahun last.....lau ramai lagi best..
hahahhaa.....

writing by

ketua kelas

Monday, January 17, 2011

Sutera Dalam Lukisan (Abd. Talib Hassan)

♥ sinopsis 

 Novel ini memaparkan kisah seorang
 
pemuda yang mengalami konflik 

jiwa akibat kematian ibunya yang

 telah dibunuh oleh bapa tirinya. 

Kenangan pahit itu telah menjadikan Bujei atau

 nama sebenarnya Mohamad Hafiz,

 akhirnya telah menjadi sasau akibat 

sering menjadi cemuhan, 
di
pandang hina, dipermain dan 

diperbudakkan oleh masyarakat
 
kampung malah bapa tirinya,
 
Harun juga sering menyeksanya malah

 telah cuba mengambil peluang 

untuk merampas hak milik Bujei yang
 
ditinggalkan oleh arwah ibunya.

Hidupnya keseorangan dan menanti permata hati untuk 

menerangi semula sinar hidupnya. 

Kehadiran Adila telah mengubah segala-galanya dan

Bujei mulai merasai erti sebuah kehidupan. 


Namun banyak ranjau duri

 yang terpaksa diharunginya untuk
 
meneruskan hubungan persahabatan bersama Adila.
 
Alias yang turut menyimpan perasaan terhadap
 
Adila terus menyimpan dendam terhadap Bujei dan Adila. 

Satu demi satu rancangan jahat diatur dalam 

usaha untuk memiliki Adila. Bujei diperdaya hingga akhirnya
 
dia mempercayai Adila akan mengahwini Alias 

malah Adila turut difitnah menghidap penyakit AIDS
 
kerana pernah menuntut di luar negara. Dendam yang kian 

membara menyebabkan Alias meminta khidmat neneknya untuk
 
mendapatkan ilmu pengasih yang akan mendorong 

Adila tunduk kepada kehendaknya. Alias yang dirasuk 

kerinduan akhirnya telah menjadi sasau dan sanggup 

merayu kepada Bujei untuk mengharapkan simpati 

serta pengertian daripada Bujei supaya memujuk 

Adila menerima dirinya. Akhirnya, Alias sendiri terpaksa 

mendapatkan khidmat daripada dukun yang sama 

dalam usaha untuk memulihkannya. Orang kampung pula kini

 telah melihat perubahan diri Bujei yang menjadi

 manusia normal berbanding Alias yang kini telah 

mengambil alih tempat Bujei. Sebelum pulang ke kota, 

Adila telah meluahkan isi hatinya kepada Sidang Saman

 dan isterinya tentang keputusannya untuk menerima

 Hafiz sebagai pasangan hidupnya. 

Adila akhirnya terpaksa kembali ke kota
 
kerana ditawarkan pekerjaan sebagai 

seorang pensyarah di salah sebuah universiti swasta.





♥ Tema 


Konflik jiwa seorang pemuda dalam mengharungi 
kehidupan setelah kematian kedua ibu bapa dan neneknya.
 Pandangan negatif orang kampung akibat fitnah
 yang ditabur oleh bapa tirinya telah membentuk 
keperibadiannya menjadi manusia abnormal. 
Kehadiran Adila telah membawa sinar baru dalam 
hidup pemuda tersebut dan kembali menjadi 
manusia normal seperti sediakala.




♥ Persoalan 



1. Persoalan tanggungjawab membantu sesama
 manusia tanpa mengira sifat individu seperti 
yang digambarkan melalui watak Adila yang begitu 
optimis untuk membentuk semula keperibadian 
abnormal yang dihidapi oleh Hafiz.

 2. Persoalan menghormati hak individu tanpa
 menghilangkan hak diri sendiri yang digambarkan
 melalui watak Bujei atau nama sebenarnya
 Hafiz yang akhirnya sedar akan haknya 
setelah mendapat bimbingan dari Adila.

 3. Persoalan kebaikan akan mengatasi kebatilan 
seperti yang tergambar dalam peristiwa Alias
 yang cuba mengenakan ilmu pengasih terhadap
 Adila telah menyebabkan dia mendapat
 pembalasan akibat perbuatannya sendiri.

4. Persoalan sifat kasih sayang dan hati yang
 luhur mampu mengubah sifat seseorang seperti
 yang digambarkan melalui watak Adila yang telah
 membimbing Bujei atau Hafiz untuk membentuk 
semula keperibadiannya telah berjaya
 mengubah Bujei menjadi insan yang berjaya.

 5. Ketegasan dalam pendirian seperti yang
 tergambar melalui watak Wak Senen yang tegas
 dalam pendiriannya untuk mengembalikan 
hak Bujei yang telah dianiaya oleh bapa tirinya.

 6. Persoalan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. 
Walaupun Adila pada asalnya begitu takut dengan Bujei,
 tetapi akhirnya telah memilih Bujei menjadi
 pasangan hidupnya. Walaupun telah bertunang dan 
berjanji sehidup semati dengan Faizal, tetapi akhirnya
 Faizal berkahwin dengan orang lain 
dan bukan dengan tunangnya Adila.

 7. Persoalan berani mempertahankan hak atau 
harta daripada dirampas oleh orang lain. 
Bujei telah menunjukkan sikapnya yang tegas 
dan tidak boleh dipermainkan oleh Alias apabila 
meminta ganti rugi sebanyak RM80 sebagai
 gantian radionya yang telah rosak akibat perbuatan Alias.




♥ PLot 


Plot dihuraikan secara kronologi iaitu bersandarkan 
kepada hukum sebab dan akibat. Manusia yang 
berbuat baik akan memperoleh pembalasan 
yang baik juga dan begitulah sebaliknya.





♥ Watak Dan Perwatakan 


1. Bujei/ Hafiz

 Bercita-cita untuk menjadi askar 
seperti arwah bapanya. Sewaktu dirinya
 kecil, dia sering menjadikan 
bapanya sebagai idola.

 Suka berangan-angan menonton dan
 mendengar radio yang telah rosak di rumahnya.

 Takut dengan Alias. Setiap perkara 
yang diminta oleh Alias akan dilakukan
 oleh Bujei tanpa sebarang bantahan.

 Tidak mementingkan kebersihan tetapi 
berubah setelah dilatih oleh Adila. Membuang
 perkakasan yang tidak berguna 
di rumahnya dan membakarnya di halaman rumah.

 Suka mendengar radio. Sanggup
 membeli radio baru sewaktu 
keluar pekan bersama Samsul.

 Mempunyai bakat menyanyi. Bujei menyanyi 
lagu Bahtera Merdeka sewaktu majlis 
perkahwinan Same’ah dan berjaya 
memukau orang ramai dengan kemerduan suaranya.

 Mempunyai sifat suka berjimat.
 Tidak menggunakan wang pemberian 
Wak Senen yang besar nilainya dan 
menyimpannya dengan rapi di 
dalam kendi di rumahnya.

 Pulih dari sikap abnormal menjadi 
normal dengan bantuan Adila. 
Keyakinan dirinya hadir kembali 
dengan bantuan Adila dan keluarga Sidang Saman.


Anak yang bertanggungjawab. 
Cuba menyelamatkan ibunya daripada 
kebakaran rumahnya tetapi tidak berjaya 
kerana api marak terlalu cepat dan
 dia dihalang oleh orang ramai 
daripada memasuki rumahnya yang terbakar.

 Seorang pemuda yang mempunyai 
sikap abnormal. Dia membentuk 
peribadinya melalui pandangan penduduk
 kampung yang menganggapnya bodoh,
 dungu dan tidak berakal.

 Tidak memilih pekerjaan, 
asalkan mendatangkan upah
 untuk dia mengalas perut.


 2. Adila

 Lulusan universiti luar
 negara iaitu di England.

 Mempunyai sifat optimis dan 
percaya sikap abnormal
 Bujei dapat dipulihkan.

 Telah bertunang dengan Faizal tetapi putus
 kerana Faizal tidak menepati janji dan
 berkahwin dengan orang lain.
 Akibat kecewa, dia telah membawa dirinya 
pulang ke kampung dan tinggal dengan
 keluarga Pak Longnya iaitu Sidang Saman 
dalam jangka masa yang panjang.

 Mempunyai pendirian yang tegas 
kerana menolak pinangan Alias dengan
 alasan belum bersedia untuk 
mendirikan rumahtangga.

 Lemah lembut dan hormat 
kepada orang lain terutamanya 
orang yang lebih tua. Sewaktu
 tinggal di kampung, Adila sering
 mendapat pujian penduduk kampung.

 Menjadi mangsa fitnah Alias. 
Alias telah memfitnah Adila 
telah ’rosak’ sewaktu belajar di luar negara.


Jatuh cinta dengan Bujei/ Hafiz.
 Telah meluahkan isi hatinya kepada 
Sidang Saman dan isterinya tentang
 perasaannya terhadap Bujei 
sebelum pulang ke Kota.


 3. Alias

 Suka membuli Bujei/ Hafiz. 
Contohnya meminta Bujei mencuci 
motosikalnya dengan menjanjikan
 upah tetapi memungkirinya.

 Suka kepada Adila dan menghantar
 pinangan tapi ditolak. Cuba mendekati Adila 
setelah gagal mendapatkan Same’ah.

 Suka terlibat dalam perlumbaan motor. 
Contohnya sewaktu berlumba motor dengannya,
 Sahak telah terlibat dalam kemalangan
 dan kritikal di hospital.

 Bercakap kasar. Contohnya 
sering bercakap kasar 
terutamanya dengan Bujei.

 Cuba menculik Adila dan mengenakan
 ilmu pengasih kepada Adila. 
Meminta bantuan dari neneknya 
untuk mencari ilmu pengasih.

 Cuba memfitnah Adila 
setelah pinangannya ditolak.
  Akhirnya menjadi sasau/ gila.


 4. Sidang Saman

 Mengambil berat akan anak buahnya. 
Contohnya sering bertanyakan khabar
 Bujei dan akan meminta anaknya 
mencari Bujei sekiranya tidak 
melihat kelibatnya di kampung.

 Bijak memerangkap orang yang 
bersalah melalui kata-kata. 
Contohnya sewaktu berbicara dengan
 Harun yang meminta pandangannya 
ketika ingin menjual
 tanah pusaka arwah isterinya.

 Menjadi pangkal rujuk
 permasalahan Adila. 
Terutama sewaktu Adila mula
 jatuh cinta dengan Bujei.


 5. Same’ah

 Bertimbangrasa dan 
baik dengan Bujei. 
Contohnya sering mengambil
 berat akan diri Bujei.

 Anak Sidang Saman.
  Berkahwin dan mengikut 
suaminya berpindah ke Ipoh.


 6. Harun

Seorang duda.
 Berkahwin dengan Fatimah,
 ibu Bujei setelah
 kematian bapa Bujei.

Bekerja sebagai 
mandur di ladang kelapa sawit.

 Panas baran dan sering
 memukul serta mendera isterinya.

 Mengikis wang peninggalan 
bekas suami Fatimah.Melakukan
 keganasan terhadap isteri dan anak tirinya
 Bujei sehingga isterinya terbunuh 
dalam kebakaran akibat dari
 perbuatannya dan anak 
tirinya menjadi sasau.

 Suka berpura-pura. 
Contohnya berpura-pura baik dengan 
Bujei untuk mendapatkan tanda tangan
 Bujei bagi membolehkan 
dia menjual harta
 pusaka peninggalan Fatimah.


 7. Wak Senen

 Suka bersedekah.
 Sering memberi 
wang kepada Bujei 
dengan nilaian yang besar.

 Baik hati. Contohnya sanggup 
memulangkan semula tanah pusaka 
peninggalan ibu Bujei yang
 telah dijual oleh bapa tirinya Harun.

 Mengambil tindakan dengan teliti. 
Contohnya sering berbincang
 dengan Sidang Saman sebelum
 melakukan sesuatu perkara seperti 
yang dilakukan sewaktu ingin 
memulangkan semula tanah pusaka Bujei.


♥ Gaya bahasa ♥

1. Simile
 Contoh:
 ”Jangan takut”. Dia mendengar lagi,
seperti memujuk pula.

 2. Personifikasi
 Contoh:
 Angin lembut bersih menjamah
 tubuhnya dan ledakan 
bunyi air membuai perasaannya.

 3. Hiperbola
 Contoh:
 ”Macam seorang pembunuh yang
 suka membunuh orang...
 tak kira tempat atau masa, 
tak kira sesiapa aje?”

 4. Sinkope
 Contoh:
 Tak tentu perasaan Bujei 
mendengar suara Adila dan 
sebutan yang begitu 
hormat dirasakannya.

 5. Metafora
 Contoh:
 Tidak pernah diduga, apa lagi 
mengharapkan satu lorong yang
 akan membebaskan dirinya 
daripada pasung peribadi itu.

 6. Kata Ganda
 Contoh:
 Dia bagaikan merindui 
tempat-tempat dan lorong-lorong 
yang biasa dikunjunginya.





♥ Nilai 


1. Nilai kasih sayang
 Contoh:

 Bujei cuba menyelamatkan ibunya 
dalam kebakaran rumahnya. 
Ibunya pengsan setelah didera 
oleh bapa tirinya ketika itu.


 2. Nilai hormat menghormati
 Contoh:

 Adila telah memanggil
 Bujei dengan nama 
asalnya iaitu Hafiz.


 3. Nilai baik hati
 Contoh:

Adila dan Samsul telah membawa
 Bujei ke klinik untuk mendapatkan 
rawatan setelah dibelasah oleh Harun.


 4. Nilai keadilan
 Contoh:

 Sidang Saman meminta Alias
 membayar ganti rugi atas 
kerosakan radio Bujei.


 5. Nilai keberanian
 Contoh:

Bujei berani mempertahankan 
dirinya daripada ditindas oleh Alias.



♥ Pengajaran ♥

1. Kita hendaklah menerima 
ketentuan atau takdir Tuhan.
 Contoh:

 Bujei menerima hakikat ibunya 
yang meninggal dunia 
akibat perbuatan bapa tirinya.

 2. Kita janganlah bersifat 
dengki sesama manusia.
 Contoh:

 Alias yang telah memfitnah 
Adila setelah pinangannya ditolak.


3. Kita hendaklah membantu
 golongan yang kurang
 bernasib baik.
 Contoh:

Adila optimis dia boleh membantu
 Bujei memulihkan keperibadiannya 
dan perkara itu dapat direalisasikannya.


 4. Kita hendaklah berpegang 
teguh kepada janji 
yang telah dibuat.
 Contoh:

 Faizal tidak menepati janjinya 
untuk bernikah dengan Adila 
kerana telah berkahwin
 dengan orang lain.


 5. Kita janganlah 
bercakap bohong.
Contoh:

 Alias telah membohongi Bujei 
dengan mengatakan bahawa
 Adila menghidapi penyakit 
Aids untuk menjauhkan 
perhubungan mereka.

 6. Kita janganlah mudah 
mempercayai perkara karut.
Contoh:

 Alias berpakat dengan neneknya 
untuk mencari ilmu pengasih
 bagi mendapatkan cinta Adila.

 7. Kita janganlah mementingkan
 diri sendiri untuk 
mencapai cita-cita.
 Contoh:

 Alias tidak mempedulikan 
Sahak yang terlibat dalam
 kemalangan sewaktu 
berlumba motor dengannya.


♥ Latar Masa ♥

1. Waktu pagi -
 ”Okey, Good moorning Bujei”

 2. Waktu maghrib – 
Kedengaran bunyi azan maghrib 
dan spontan Sidang Saman
 menoleh ke belakangnya.

 3. Waktu petang – 
Makin petang merangkak, 
makin galak agas-agas 
menghurungnya.





♥ Latar Tempat ♥

 1. Di tebing sungai - 
Kadang-kadang di berada 
di tebing itu untuk memancing.

 2. Rumah Mak Usu Bakyah –
 Sebenarnya sudah agak lama 
Mak Usu Bakyah mengharapkan 
kedua-dua anak saudaranya 
bertandang tidur di rumahnya.

 3. Di pekan - 
Samsul membawa Bujei 
ke pekan untuk menggunting
 rambut,membeli radio,
jam dan pakaian.

  
♥ Latar Masyarakat ♥

 1. Masyarakat kampung yang 
memandang rendah kepada 
orang yang kurang
 bernasib baik.
 Contoh:

 Kebanyakan orang mengatakan 
dia bodoh, dungu, tidak berakal
 lalu seperti tertunai 
hasrat mereka begitu.

 2. Masyarakat kampung 
yang mempunyai 
norma kemanusiaan.
 Contoh:

Sidang Saman begitu mengambil 
berat tentang Bujei dengan membawa
 Bujei balik ke rumahnya 
setelah dipukul oleh Harun

 3. Masyarakat yang mengambil 
kesempatan atas 
kesenangan orang lain.
 Contoh:

Baru sahaja beberapa bulan 
berkahwin, Harun 
sudah memujuknya 
untuk membeli kereta.


4. Masyarakat yang 
mengamalkan kerjasama.
 Contoh:

 Penduduk kampung bekerjasama 
untuk mengadakan 
majlis perkahwinan Same’ah.


 5. Masyarakat pendendam
 Contoh:

Melihat Bujei kembali bersama Adila,
 kemarahannya makin menjadi. 
Dia makin berdendam dengan Bujei.


WriTiNg By

5 PERDAGANGAN